aKu diRi Aku
"you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you . at the end, choose 25 people to be tagged. if i tag you, its because i want to know about you."

Salam... di sbbkan aku tlh di pilih oleh syg aku yg tercinta untuk tag 25 thing ni jd aku tls la apa2 yg ada dlm otak aku ni sbg memenuhi permintaan beliau...

Sejarah hidup insan yg bernama Mohd Fyrdause

1. Masa aku dlm perut mama aku Dr ckp aku ni x dapat di selamatkan, so Dr ckp suruh buang je aku cz xda harapan untuk hidup. Mujur la ada seorg Dr ni ckp yg aku ni boleh di lahirkan.

2. Keluar dari perut aku di beri nama Mohd Fyrdause, member2 panggil fyrdause @ pidut @ say @ boxer @ pid.

3. Asal Kuala Lumpur, mama aku org Kedah n Ayah aku org Kelantan..

4. Dulu aku blaja kat SK Taman Rakyat pastu SMK Dato Syed Omar n skarang Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah... Bdk DTK Sem 6 n cuba menghabiskan Sem ni ngan cemerlang... ^^
5. Adik beradik aku ada 4... Aku yg kedua n aku je lelaki...

Percintaan dan watak Mohd Fyrdause

6. Dlm banyak2 insan yg aku terjatuh cinta sorg ja yg paling aku BETUL2 cintakan dia sepenuuh jiwa dan raga aku... Mahfuzah

7. Untuk aku dia adalah segala-galanya bt aku, setiap doa aku pasti ada nama nya...

8. Aku seorg yg x pilih kawan... Malu untuk memulakan perhubungan tp bila dah lama sikit aku akan jd peramah hbs...

9. Aku seorg yg mudah angin bak kata org kedah peqongoih... paling aku x suka bila org lawan ckp aku... Tp dlm masa yg sama aku bkn seorg pedendam yg berjaya sbb aku mudah memaafkan org...

10. Aku seorg yg suka enjoy, x suka di kongkong, n suka akan cabaran...

11. Aku seorg yg berfikiran negatif sbb utk aku ia akan bt kan aku lbh berhati-hati dlm tindakan aku tp x bermakna aku x positif...

12. Aku suka berangan-angan mcm mat jenin... Sbb bagi aku tanpa angan-angan xkan ada cita-cita dan kejayaan...

13. Aku ni seorg yg kuat cemburu n kadang2 prangai mcm budak2...

14. Aku paling suka Martial Art terutama TaeKwonDo... Untuk aku ia satu cara untuk mencari ketenangan selain untuk mempertahankan diri... Bercita-cita nak sampai ke peringkat kebangsaan n klau boleh nak masuk world martial art... (satu benda yg agak mustahil)

Aku, Mohd Fyrdause dan ...

15. Aku nak kawen ngan cinta hati aku...

16. Nak keja hebat2 so ada duit banyak leh enjoy...

17. Pandai bagi nasihat dekat org lain walaupun diri aku ni pon ngokngek... ^-^

18. Nak jadi hamba ALLAH yg soleh walaupun diri aku ni selalu lalai...

19. Nak g jalan2 dekat luar negara sbb aku amat jelez tgk member2 aku leh dok men salji... huhuhu

20. Otak aku ni amat lah slow RAM 128 mb jer... Sbb 2 aku x suka teori aku amat suka amali sbb aku leh nampak n jadi pengalaman...

21. Aku suka mencuba benda2 baru... N aku ni kadang2 amat2 malas n kadang2 agak2 rajin...

22. Sanggup bt apa saja untuk dapat apa yg aku nak...

23. Aku amat2 suka baca komik sbb komik adalah khayalan minda manusia... paling aku suka Under 18, Under Age, Under 18 No Fear, HERO, Fatal Chaos n sewaktu dengan nya...

24. Aku jarang ambik port ngan pandangan org lain terhadap diri aku sbb bagi aku "AKU DIRI AKU DAN DUNIA AKU HAK AKU"

25. Aku seorg yg mudah tersentuh tp aku jarang tunjukan perasaan 2... Sbb aku xnak di anggap lemah...


okey!!! dah hbs pun aku merapu... so nak tag sapa pun aku x tau leh x tag org yg tag aku???
huhuhuhuhu... ^_^

p/s : Cik Comel... 14372
aKu diRi Aku
Salam...
Dekat 3 minggu aku menunggu saat dan ketika ini untuk mengubat rindu hati ini pada dia kekasih hati yang amat ku sayang... Setiap saat cukup menyiksa batin ku ini... Tp apakan daya sudah suratan tertulis aku dan dia tidak dapat bertemu pada hari ini... Ya Tuhanku adakah aku masih berpeluang untuk bertemu dengan kekasihku ini lagi? Hanya satu ku pinta dari Mu Tuhan-ku yang Esa engkau panjangkan lah jodoh kami hingga akhir hayat kami berdua...

Sesungguhnya hati ini amat berduka cita dan bersedih tapi adakah kesedihan dan kedukaan ini dapat mengubah takdir diri ku ini... jika kesedihan dan kedukaan ini dapat menemukan aku dan sayang ku pasti aku akan berduka dan bersedih demi dia...

Diri ini terasa melukut di tepian gantang...



Bt sayang ku Mahfuzah jgn lah sayang bersedih atau berduka... Jgn berasa bersalah pada diri B ini... Andai takdir menemukan kita pasti kita akan berjumpa juga... Biar lah diri ku ini tersenyum dlm tangisan asalkan diri mu senang tanpa rasa gelisah...
aKu diRi Aku

lukisan comot
Just diri ini mengharapkan ada di sisi mu untuk menyambut ulangtahun hari kelahiran mu syang... hanya ucapan dan contengan di paint yg b mampu lekatkan di dinding blog dan mukabuku menjadi ganti diri ku ini... Harap syang gembira....



b dah kumpulkan 100 org bala tentera!!!
SEMUA BANGUN BERDIRI TEGAK BERSIAP SEDIA SEMUA!!!!!!!!!!
OK 1.. 2.. 3..



aKu diRi Aku
Assalamualaikum.....
Hmm dah lama x tulis blog asyik baca blog org jer... huhuhu
Masuk sem ni aku amat2 lah malas semalas2 alam...
nak study pun malas apatah nak menulis blog ni...
Sedar x sedar ahad ni nak Final dah pun masa berlalu teramat pantas...
Dalam otak ni masih banyak ruang2 kosong yang perlu aku isi untuk dibawa ke Dewan Exam...
Sem ni walaupun aku just ada 3 paper final jer rasa macam nak gila pikir cm na la keadaan aku time nak jawab t... silap2 leh nangis dlm dewan ni... Hmmm my lovely dear aku mahfuzah pun ngah sibuk study skarang ni memang dah musim Final kot skarang ni... Hope dia x sakit otak mcm aku...

Jadual Final aku...

Ahad 31/10 math kejuruteraan --> agak takut
Rabu 03/11 sistem microP & microC --> teramat sangat takut n risau kuasa 3
Rabu 10/11 sistem comp & aplikasi --> amat takut

walaupun 3 paper aku dlm delima hidup... sbb sem ni aku amat2 blur+bengong+tingtong+malas.
harap aku lulus ngan cemerlang jgn ada sangkut mintak simpang t xleh kawen cpt2... huhuhu wink2...

p/s: Aku doa kan semoga aku, cinta hati ku (Mahfuzah) n kawan2 aku dpt jawap exam t ngan mudah n lulus cemerlang... Amin
aKu diRi Aku
1) Dia terlalu kuat mencintai kita
2) Selalu ingin berhubung dengan kita
3) Dia mengambil berat perihal kita
4) Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat
5) Dia cemburu bila kita bersama insan lain
6) Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita
7) Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita
8) Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.
9) Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang
10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya
11) Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara
12) Tidak kisah perbezaan umur.
13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan
14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.
aKu diRi Aku

Hmm disebabkan bucuk2 aku sorg ni dah suruh aku update blog ni so aku pun update la...
Sebenarnya bukan xmau update tp nafsu nak berbloging xda la...

Ok2 tepat kul 10.20 aku open blog nama aku tersenarai dalam award persahabatan yang baik dalam dunia blogging... so tima kasih la kepada bucuk2 aku Mahfuzah sbb sudi bagi Award ni kat aku...

Disebabkan bajet yang x mencukupi dan masalah ekonomi rumah tangga so hanya 2 award je aku leh kasi... Insan yang pertama terpilih xlain xbukan org yg aku syg Mahfuzah, n 4 award yang terakhir aku bagi kat insan yang bernama Mun...

Sebab2 kenapa meraka terpilih?

Mahfuzah
  • Dia dapat award ni sebab dia awek aku.
  • Pastu dia jer dok baca post aku walaupun xda pa.
  • Pastu aku suka baca blog dia time boring2 walaupun dah 2 - 3 baca.
  • Dia suka layan aku mqapu 2 yang paling best n dia paling jaga hati aku.
Mun

  • Sebenar-benarnya aku xkenal pun Mun ni apatah lagi berjumpa atau berkenalan.
  • Blog Mun dah macam buku komik dah bt aku memang aku kerap baca Post dia. Tambah2 time aku bosan tahap cipan.
  • Walaupun xkenal aku tetap anggap dia kawan aku sebab dia kawan awek aku.
  • Aku Kipas-Susah-Mati-BlogMun


So kepada Mahfuzah U always in my heart... Love u...
N kepada Mun teruskan menulis blog supaya aku leh baca time boring t...
aKu diRi Aku

Aku rasa amat menyedihkan apabila melihat rakyat Palestin dibunuh dan diperlakukan seperti binatang oleh manusia yang berideologikan zionis. Kemana menghilangnya suara 1bilion umat islam seluruh dunia?kemana lenyapnya ego 300 juta bangsa arab?.

Tidakah mereka tahu jelas terpancar di dlm kitab suci Al-Quran melontarkan kandungan bahawa setiap muslim adalah bersaudara?bukankah ia salah satu soalan mungkar dan nangkir dlm kubur nanti?

Sedih mengenangkan akan nasib umat islam pada hari ini, kita telah jauh terpesong drpd suruhan ajaran agama yang sebenar. Dimana OIC dan Liga Arab dalam memberi sinar harapan kepada bangsa Palestin?.

Jelas kita terlalu kerdil walaupun secara statistiknya adalah ramai.Jelas kita terlalu miskin walaupun secara zahirnya adalah mewah.Jelas kita telah lari daripada prinsip yang didokong oleh Rasullah s.a.w.

Maka tidak pelik bin hairan jika ini adalah balasan kepada kita semua.Kita bangga menjadi orang islam secara zahirnya tetapi didalam jiwa kita adalah lemah dan mudah untuk dipermainankan oleh musuh islam

Tidakah kita mengerti, memastikan kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin adalah satu tuntutan dlm beragama walaupun kita tidak berjuang bersama sama mereka, tetapi kita perlu menyimpan rasa didalam hati akan tanggujawab kita kepada mereka.

Maka teringatlah kata2 Sultan Abdul Hamid 2(sultan terakhir empayar uthmaniyah) apabila baginda ditawarkan wang oleh pemodal yahudi bagi mendapatkan tanah di Palestin. Baginda berkata''Palestin bukanlah milikku dan bangsa Arab,Akan tetapi Palestin adalah milik umat islam, Aku tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanahnya kepadamu, Setelah para syuhada menyuburkan darah mereka disitu,Simpan sahajalah wang kamu,Akan tetapi jika kamu masih berminat mendapatkanya maka cincang lumatlah tubuhku ini sebelum kamu boleh memilikinya"